Pages

Wednesday, February 29, 2012

Tegaklah Dengan Teguh

29 Februari 2012.


Entry pertama tahun ini,selepas tepat 2 bulan catatan terhenti.


2 bulan yang sangat bermakna. Banyak keputusan-keputusan besar yang telah diambil,semakin banyak juga pintu-pintu rezeki yang dibuka oleh Sang pemilik angkasa raya.


Kadangkala terasa letih yang amat untuk terus menongkah arus,namun begitu,disitulah juga letaknya kebahagiaan dan kemanisan hidup.


Ujian dan halangan hidup adalah silibus terbaik untuk mengajar percaya dan istiqamah. 


Syurga dan cintaNya adalah motivasi tertinggi untuk terus melangkah.


Katakanlah! Aku percaya kepada Allah dan kemudian berpegang teguhlah pendirian itu. Dengan itulah kita hadapi segala persoalan di dalam hidup ini. Dengan itu kita kibarkan panji kita. Kalimat itulah yang terlukis padanya,dan dengan pendirian itu, kita ditengah-tengah masyarakat. Dengan itu kita jiwai seluruh kebudayaan dalam segala macam seginya, dengan itu pula kita mencari pengetahuan dalam segala macam cabangnya. Itulah pangkalan tempat kita bertolak. Dan itulah pelabuhan terakhir tempat bahtera kita bersauh.

Cubalah pasang dan susun jiwa kembali. Kembali ke dalam istiqamah, nescaya terbuka kembali hijab. Nescaya hilanglah bayang-bayang dari sesuatu yang tidak ada hakikatnya.

Mencari persesuaian istiqamah pada diri dan mustaqim pada jalan, itulah perjuangan hidup kita. Asalkan istiqamah tak pernah lepas, jalan itu pasti bertemu.

Maka tegaklah dengan teguh, istiqamahlah, laksana batu karang di hujung pulau, menerima hempasan segala ombak dan gelombang datang, setiap itu pula ia membawa zat yang akan menambah kukuh dirinya.

[HAMKA]


Semoga aku dan kawan-kawan semua terus kuat,ikhlaas dan istiqamah.




Thursday, December 29, 2011

Selemah-lemah Iman


عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان رواه مسلم 




Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman. 
[HR Muslim]




Kalau mengubah (benci) dengan hati dikira sebagai selemah-lemah iman.


kalau hati tak membenci?


kalau tengok perempuan seksi tak terasa seksa?


kalau tengok orang bercumbu-cumbu boleh pula rasa cemburu?


tengok orang dedah aurat,rasa nak mengurat?


kalau ini yang hati kita rasa,nak kata iman kita ditahap mana?


belajar agama jauh-jauh,bukan main lama,tapi nak sampaikan agama terasa berat konon-kononya belum tiba masa. Ini lah dia fitnah (ujian) ke atas iman dan agama,tipu daya dunia.


Semoga Allah lindungi dan jaga kita semua. Ameen!


Keinginan menulis panjang terpaksa ditahan dahulu,ingin memberi laluan kepada video yang menusuk kalbu.


Rasa bagai dilempang laju-laju kanan dan kiri oleh Syaikh Ahmed Deedat,saya doakan anda dipilih Allah Azza Wa Jalla untuk menonton video ini dan mendapat manfaat yang sebanyak-banyaknya.


First time menonton video Syaikh Ahmed Deedat setegas ini.


          

Ya Rabb! Help us to go against our inferiority complex!

Tuesday, December 20, 2011

Aloloh Sweetnya! 2.0


MashaAllah,tulisan 'sempoi' saya semalam dengan izin Allah SWT telah sampai entah ke mana-mana dan mendapat respon yang pelbagai. Ini sangat jarang berlaku kepada saya,semoga ianya adalah baik untuk dunia dan akhirat saya dan bukan sebaliknya.

Sehinggakan pemilik video yang dimaksudkan pada awal artikel tersebut telah menghubungi saya dan memberikan penjelasan, serta menegaskan pendirianya dengan sangat humble dan sopan. Saya juga telah memberikan cadangan dan pandangan saya dengan lebih terperinci agar tidak ada sebarang salah faham yang berlaku. Saya hormati pendirian dan pandangan beliau.

Namun begitu,ada satu perkataan di dalam artikel tersebut, yang saya hanya gunakanya sekali,tetapi telah bertindak menyengat sesetengah pihak hingga menukar haluan artikel tersebut,tersasar kepada perbincangan isu yang lain daripada tujuan asal artikel tersebut ditulis.

Perkataan keramat tersebut adalah  perkataan 'tunang'.

Ramai pihak yang mula memberikan respon diatas tajuk ''tunang boleh di iklankan ataupun tidak?''

Sahabat karib saya,teman sepermainan sejak zaman tadika lagi,atau lebih tepat sejak zaman darjah satu, telah memberikan respon bertubi-tubi kepada artikel tersebut diatas premis pertunangan harus di iklankan.

Pada mulanya,saya anggap ianya sebagai respon umum,dan saya hormati respon tersebut. Tetapi setelah beberapa ketika,nama saya sudah mula dipautkan pada kenyataan tersebut dan dengan jelas dikatakan,ia ditujukan sebagai respon kepada artikel saya.

Saya tidak gemar untuk berbahas apa-apa isu secara terbuka,bimbang lebih banyak mudarat daripada manfaat,namun oleh kerena kenyataan tersebut disiarkan secara terbuka,maka saya rasa,elok juga jikalau penjelasan saya juga diberikan secara terbuka,tetapi dengan menggigit lidah daripada menuturkan perkataan-perkataan yang tidak baik atau melampaui batas,dan mengekalkan akhlak dan ukhuwwah islamiyyah sebagai tulang belakang perbincangan.

Saya sangat mengagumi kesungguhan beliau,semangat dan disiplin dakwah yang ada pada beliau sangat menakjubkan. Begitu banyak hasil karyanya telah menyentuh hati-hati manusia dan mengajak mereka balik kepada Tuhan menjadi hamba. Semoga Allah ganjari setiap usaha dan produk dakwah beliau. 

Hilal Asyraf (blog yang sangat banyak manfaat,InshaAllah), sahabat saya hingga ke Jordan,dan juga jiran saya di Johor Bahru. Sangat peramah orangnya,kami pernah bermusafir 'berdua-duaan' jauh ratusan kilometer dan saling ziarah menziarahi sewaktu belajar di luar negara. Tetapi itu tidak menghalang kami untuk saling berbeza pandangan dalam hal-hal yang dibenarkan wujudnya perbezaan.

Respon yang di suarakan oleh beliau,pada saya ada berlaku sedikit salah faham,tidak walau sekali di dalam artikel saya,saya menyatakan pertunangan hendaklah 'dirahsiahkan',bahkan saya tekankan kenyataan saya "semua kisah-kisah sunnah tadi,adalah kisah bagaimana Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam sweet dan romantik terhadap isteri-isteri baginda. Isteri yang sah selepas akad nikah, bukan kepada girlfriend,makwe,tunang atau mana-mana kawan perempuan!"

Bermaksud,sebarang kelakuan atau tindakan yang hanya di halalkan untuk pasangan yang telah bernikah,tidak boleh dilakukan oleh pasangan yang belum bernikah. very simple!

Penjelasan untuk perkara itulah yang telah saya coretkan pada tulisan yang lalu.

Monday, December 19, 2011

Aloloh Sweetnya!


Hari ini bila buka facebook,terlalu banyak perkataan 'sweet' yang saya temui. Terasa janggal seketika.

Bila saya cek-cek,rupanya ia dipautkan kepada satu video. Jadi saya pun dengan selamba meng-klik video tersebut dan menontonnya walaupun celcom sudah menghantar amaran kapasiti gigabayte internet saya sudah berada dipenghujung usia. Ye lah,saya pun sudah teruja nak tahu,apa dia yang telah membuatkan begitu ramai jejaka-jejaka macho yang soleh dan gadis-gadis ayu yang solehah cair mengalir.

Saya menonton dengan senyuman yang lebar sambil menyebut "patutlah...hmm..."

MasyaAllah,tidak dinafikan,ada beberapa mesej baik yang terdapat pada video tersebut,tetapi hati kecil saya berbisik "But there is something wrong bro...what is it?"

Beberapa minit kemudian,saya menulis status facebook mengingatkan diri saya dan teman-teman supaya tidak tersilap penilaian.

selepas membaca mana-mana artikel,atau menonton apa-apa jenis video,jangan terlalu cepat menghukum ianya sebagai 'sweet' ke apa. Fikir sejenak,seminit dua,letakkan ia di atas neraca 'sifat malu' yang sebenarnya, lihat kesan masa panjang dan bagaimana ia mempengaruhi sikap kita. Jangan biarkan rembesan hormon 'sweet' mengaburi lensa akal waras kita.



Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam ada berpesan : "Apabila engkau tidak merasai malu,lakukanlah apa sahaja yang kamu mahukan" [al-Bukhari]

Ya,saya menulis umum,tidak dikhususkan kepada mana-mana pihak. Tetapi saya tahu,pasti akan ada yang tidak senang hati dengan kenyataan seperti itu,orang semua tengah tangkap feeling,buat rosak mood pula mamat ni

Saya minta maaf,saya tidak berniat untuk buat rosak mood siapa-siapa,tetapi saya cuma ingin menyuarakan apa yang saya percaya benar.

Ada beberapa orang teman saya berkata,Rasululllah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sangat romantik orangnya,beliau menzahirkan rasa cintanya kepada isteri baginda dikhalayak ramai. Rasulullah sangat sweet dan romantic! So what's wrong?! 

Friday, December 16, 2011

Sabar,Bertahan!

Hari ini hari Jumaat,penghulu segala hari.

'Menu' rohani hari ini ialah surah al-Kahf.

kenapa? 

sebab ada special bonus yang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam janjikan bagi mereka yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat;

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahf pada hari jumaat,diterangi baginya dengan cahaya antara dua jumaat." (Riwayat Hakim dan al-Baihaqi)


MashaAllah,baca 110 sepuluh ayat sahaja,sudah melayakan kita mendapatkan anugerah istimewa ini. Boleh settle dalam 35 minit sahaja,tak jejas pun kehidupan 'sibuk' kita mengejar apa yang kita kejar dalam kehidupan super singkat ini.

Sedang membaca satu per satu kalam tuhan,terberhenti seketika pada ayat yang ke dua puluh lapan. 



"Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana mengharapkan) perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsu dan keadaanya sudah melampaui batas." [al-Kahf 18:28]


Terberhenti disitu,ada sedikit gangguan berlaku pada gelombang perasaan.

Teringat kawan-kawan.

Ini adalah ayat yang dibaca di dalam majlis perpisahan terakhir saya dengan teman-teman sekelas di Jordan. Setelah 4 tahun kami harungi bersama,di puji dan di keji menjadikan perjalanan kami cantik diwarnai. Kami berpisah dengan menitipkan ayat ini sebagai bekal untuk perjalanan yang seterusnya.

Hari ini saya keseorangan,dan mereka tidak lagi disisi.

Kota ini sangat ganas,terlalu banyak perhiasan dunia yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menarik manusia meninggalkan landasan yang sepatutnya.

Setiap hari syaitan berbisik tanpa kenal erti letih.

"tengok tu,baju jenama sekian-sekian,kasut kulit kualiti sekian-sekian,jam tangan buatan
negara sekian-sekian,handphone megapixel sekian-sekian,inilah masanya engkau nak enjoy,apa guna duit dapat bulan-bulan?!"

seekor lagi datang buat kacau.

"tengok tu,semua orang ada girlfriend,nampak cool and sweet je.bila lagi nak cuba,kawan je lah dulu,takkan kawan pun salah?!"

Wednesday, December 14, 2011

Hakikat Sebuah Kehidupan



Tetaplah teguh di hadapan gerbang pintu Tuhanmu,
tinggalkanlah yang lain, dan memohonkan
kepadanya selamat,
Janganlah sempit dadamu,
segala kejadian adalah perkara kecil belaka.

Tuhan yang menentukan,
Dan alam berbagai ragam,
Jangan banyak dukacita,
Apa yang telah ditentukan, itulah yang terjadi.

"Kalau","Kenapa", dan "Bertapa?"
Adalah cakap orang dungu.
Dia hendak merintangi Allah, dalam apa yang dia mahu,
qadar dan taqdir, semuanya berlaku dengan sebenarnya.
Hatiku: Bangunlah,tinggalkan olok-olok.

Jangan banyak dukacita.
Apa yang telah ditentukan itulah yang terjadi.
Engkau dan semua makhluk, adalah hamba belaka.


Tuhan terhadap pada kita,
berbuat sekehendak-Nya
Duka dan murung, apalah faedahnya,
telah tertulis lebih dahulu, tenteramkanlah hatimu.

Jangan banyak dukacita,
apa yang telah ditentukan itulah yang terjadi,
yang untuk orang lain, tidaklah sampai kepadamu.
Dalam mencari hakikat dan dalam memelihara syariat.
Jangan banyak dukacita,
apa yang telah ditentukan,Itulah yang terjadi.


[Sayid Abdullah bin Alwi al-Hadad]
dipetik dari buku Buya Hamka kesayangan.

kepada teman-teman yang sedang diuji,dilanda rasa sedih dukacita,daku hadiahkan syair ini tanda kasih,daku ingin sentiasa melihat kalian tersenyum,senyum sewaktu senang dengan rasa syukur,senyum sewaktu susah tanda tabah dan akur.



Katakanlah,Aku percaya kepada Allah!

Tuesday, December 13, 2011

Kasihan Anak Muda





Tiga empat hari ini,saya sempat bersembang, mendengar perkongsian daripada orang-orang lama di bank. Perkongsian hal yang jarang-jarang dibincang oleh anak muda dengan orang tua.

Perbincangan ditumpukan soal harga dan belanja,untuk melaksanakan suatu majlis yang bernama majlis perkahwinan.

Yang pertama saya dengar daripada seorang senior yang baru sahaja mendirikan rumah tangga,katanya aras belanja yang paling basic untuk satu majlis yang sederhana ialah RM 30,000.00. Itu adalah untuk kenduri yang dibuat dirumah dengan badjet makanan sekitar RM 10 ringgit sekepala.

Keesokanya pula,sewaktu sedang menjamu selera disebuah majlis perkahwinan,seorang lagi senior berkongsi cerita. Katanya,aras belanja paling basic untuk sebuah majlis yang di laksanakan di sebuah dewan ialah RM 50,000.00. Semua belanja diterangkan terperinci satu per satu dengan penuh perasaan. Beliau akan melaksanakan majlisnya bulan hadapan,sebab itu mungkin,beliau begitu lancar meluah rasa kecewanya kepada dunia.

Kami anak muda bercita-cita besar,yang ingin segera melengkapkan separuh agama, mula menelan air liur perlahan-lahan sambil menjeling-jeling mata. Senyap,diam membisu.

Kejamnya dunia,adat dari manakah ini yang diagung-agungkan oleh manusia?

Related Posts with Thumbnails