Pages

Monday, December 27, 2010

Selamat Hari Lahir 'Mak'!

27 disember.


hari ini,hari lahir seorang insan yang bergelar ibu dalam hidupku


sudah hampir 15 bulan ku tidak bersua muka dengannya.


perasaan rindu jangan ditanya,bukan kepalang.


tidak ada seorang manusia pun diatas muka bumu ini yang mengambil berat akan diriku melebihinya.


dari sekecil-kecil perkara,hinggalah yang ke sebesar-besarnya.


dia mengorbankan kehidupan remajanya untuk membesarkan ku.


aku dilahirkan ke dunia tatkala umurnya baru mencecah 18 tahun.


tak kira sakit,letih mahupun tak terdaya,namun watak dan tanggungjawab sebagai seorang ibu tetap dilaksanakan tanpa jemu.


ku ingin ucapkan selamat hari lahir.sudah jauh perjalanan hidup ini ditempuhinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan


tahniah ku ucapkan.


sebenarnya yang paling penting,ku tidak pernah panggil dia dengan gelaran ibu,mak,mama,mummy ataupun ummi,sebab itu bukan bahasa ibunda kami.heh




nak tulis panjang pun tak sempat,sebab taufan final exam sudah dekat.jadi saya akan linkkan dua video klip lagu yang saya rasa boleh menceritakan apa yang saya nak sampaikan. saya linkkan satu video dalam bahasa melayu,dan satu lagi bukan dalam bahasa melayu,tetapi yang penting mak saya faham.sebab ni kan post untuk dia.


satu lagi,nak letak gambar pun tak dapat,sebab mak saya tak 'selesa' gambarnya diletakkan untuk tatapan umum. adakah itu bermaksud saya perlu mencari seorang isteri yang juga tidak 'selesa' meletakkan gambarnya untuk tatapan umum? opps!

doakan saya cemerlang exam semester ini,dan berjaya dunia akhirat.


sekian.


Belaian Ibu


Aaraariraro



*walaupun video klipnya biasa sahaja,tetapi liriknya memang terbaik,bagi siapa yang faham lah.heh.. Filem ini telah ditayangkan di Cyprus International Film Festival dan memenangi dua anugerah. filem yang unik mengisahkan hubungan seorang anak dan ibu.arahan director ameer sultan.ok dah! wassalam

3 comments:

Princess Nahdi said...

mak faham ke entry dalam bahasa melayu? err..

azlanshah said...

erk,forsure. mak saya lah yang ajar saya bahasa melayu...

Anonymous said...

errrgg...xphm laa..terang la sikit..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails