Cuba cari saya dimana ;)
Alhamdulillah
Sudah 2 minggu lamanya saya kembali daripada mengerjakan ibadah haji. Satu kembara yang sangat mencabar,namun sarat dengan pengalaman-pengalaman yang berguna buat diri. Walau ia penuh dengan ranjau,tetapi ia tetap satu kembara yang sangat manis untuk dikenang buat sepanjang hayat.
Sebelum saya bertolak mengerjakan ibadah haji,ramai sahabat-sahabat yang berpengalaman menasihatkan agar banyakan bersabar ketika mengerjakan ibadah haji nanti,kata mereka ujian sangat banyak dan diri kita akan teruji sehingga ke tahap maksimum.Ya memang benar,kesabaran adalah salah satu senjata yang paling penting untuk menyempurnakan ibadah haji dengan jayanya.
Jika ingin diceritakan kisah sepanjang menunaikan ibadah haji,ia sememangnya memerlukan satu coretan yang sangat panjang dan sudah tentu ia tidak dapat disimpulkan hanya dengan satu artikel. Sepanjang saya melalui kembara haji,saya menulis diari ataupun jurnal tentang perjalanan dan pengalaman yang saya lalui setiap hari disana. Dengan harapan agar satu hari nanti saya akan dapat kongsikan kisah-kisah tersebut beserta dengan pengajaran dan manfaatnya buat keluarga,teman-teman dan para pembaca.
Insyallah,saya akan cuba menulis sedikit demi sedikit kisah-kisah tersebut,kerana untuk menilai dan menghayati setiap sudut pengajaran dan manfaat yang saya perolehi itu juga memerlukan saya untuk membaca,membaca dan membaca sebelum ia dikongsikan dengan orang lain. Agar ibrah pengajaran yang saya faham adalah kefahaman yang terbaik dan yang paling matang.
Jadi kali ini,saya menulis bukanlah untuk menceritakan pengalaman saya ketika mengerjakan ibadah haji,tetapi untuk menceritakan dua minggu yang saya lalui sepulang daripada mengerjakan ibadah haji yang juga tidak kurang hebat cabaranya.
Peperiksaan
Kepulangan kami dari mekkah disambut oleh laungan azan pertama sebelum azan subuh berkumandang di bandar Irbid. Pada hari itu juga selepas waktu zohor,saya dijadualkan untuk menduduki peperiksaan pertama Fiqh Muamalat 2. Sewaktu dalam perjalanan pulang lagi,saya sudah dipakejkan dengan sakit kepala,deman,batuk,selsema dan sakit tekak yang agak teruk. Kepala terasa seperti digerudi,batuk pula bagaikan nak terkeluar jantung. Jadi pada hari itu,saya langsung tidak ke kuliah dan dengan selamba ponteng daripada menghadiri peperiksaan.
Keesokan dan lusanya juga saya ada peperiksaan,oleh kerana prestasi kesihatan sangat membimbangkan. Semua peperiksaan ditangguhkan dan ia telah disusun berderet bersambung dengan beberapa peperiksaan kedua. Sungguh saya tidak akan lupa derita membuat persedian untuk peperiksaan dalam keadaan bagai nak separuh mati. Membaca dalam keadaan sakit kepala,terbatuk-batuk dan humus mengalir dihidung tanpa henti.Sehinggakan terasa seperti ingin pulang ke Malaysia sebentar untuk merehatkan diri. Namun Alhamdulillah,dengan kekuatan yang Allah beri,semua itu berjaya diharungi walaupun ada satu subjek yang keputusannya bisa mengundang air mata.heh!
Kesihatan
Sehingga ke saat saya sedang menulis artikel ini pun,batuk setia menemani saya. Ada juga waktu-waktu batuk yang sangat kuat datang menyerang sehinggakan kejang perut dibuatnya. Saya dan sahabat serumah menjangkakan mungkin sakit ini hanya akan membelenggu kami paling lama pun untuk seminggu sahaja. Namun jangkaan itu meleset malah tahap kesihatan bertambah teruk,jadi saya dan sahabat saya Amin telah ke farmasi untuk membeli ubat-ubatan yang sepatutnya. Kami kongsi berdua ubat-ubatan yang kami beli,ala-ala romantik gitu.
Mungkin kami dijangkiti oleh virus yang sangat kuat ketika berada ditengah-tengah jutaan manusia di Mekkah sewaktu mengerjakan ibadah haji. Kerana setelah habis semua ubat-ubatan yang kami beli pun,tahap kesihatan tetap berada pada prestasi yang sama.Terbayang juga,kan best kalau ada orang yang jaga time-time sakit macam ini,tolong suapkan bubur ke,tolong bagi makan ubat ke,tapi setakat bayangkan je lah,tak boleh lebih-lebih,kan Amin?
Kini tahap kesihatan nampak seperti bertambah baik cuma batuk sahaja yang masih berdegil. Namun bila kita berada dalam keadaan sakit dan dalam keadaan kesempitan waktu untuk melangsaikan urusan,baru kita teringat bertapa besarnya nikmat Allah Azza Wa Jalla selama ini,namun pada waktu kita sihat dan lapang,kita selalu lupa dan tidak bersyukur.
Maka sangat persis dan benar pesan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam : "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." [Al-Bukhari]
Internet Rosak
Balik dari mekkah,internet hanya sempat berfungsi sehari sahaja,kemudianya ia rosak. Pada awalnya itu memang agak tertekan,kerja banyak,internet pula tiada. Nak update cerita-cerita pergi haji pun tergendala. Sudahlah sepanjang berada ditanah suci,tidak ada akses internet,terlalu banyak berita-berita yang tertinggal dan seperti tidak tahu,apa isu terkini dan apa yang sedang berlaku di dunia. Namun setelah beberapa ketika,terasa keputusan akses internet ini adalah satu kerehatan,merehatkan akal dari membaca perkara-perkara yang menyesakkan jiwa,merehatkan mata dan telinga dari terdedah kepada perkara-perkara yang boleh menambahkan akaun dosa.
Tetapi oleh kerana saya perlu juga untuk membuka email bagi tujuan kerja-kerja persatuan dan sebagainya,saya telah top up 12JD untuk menggunakan internet melalui telefon bimbit,biasanya 3JD sudah boleh guna 100MB internet,namun kedegilan untuk mencari akses internet itu telah dihukum apabila setelah 4 atau 5 kali membuka internet melalui telefon bimbit,tiba-tiba 12JD lesap dari baki kredit. Rupanya-rupanya salah setting,habis hangus kredit yang sepatutnya boleh tahan paling kurang untuk digunakan sebulan.
Kemudian setelah beberapa hari,screen telefon bimbit yang sama pula rosak kesan daripada terjatuh dengan kuat ketika saya berada diMekkah. Habis lagi sejumlah wang yang besar. Ujian demi ujian datang,namun itu semua dijadikan sebagai peluang untuk mendidik diri yang banyak kelemahan. Kita seharusnya sentiasa melihat ujian kesusahan yang datang itu sebagai modul tarbiyyah daripada Allah Azza Wa Jalla untuk menambah baik kualiti akhlak dan karektor diri.
Penghargaan
Sangat ramai insan yang perlu saya berterima kasih kepada mereka,orang yang banyak berjasa sepanjang keberangkatan saya ke tanah suci. Yang paling utama ialah keluarga saya yang tercinta di Malaysia. Keizinan,doa dan biaya yang saya peroleh untuk mengerjakan ibadah haji dimudahkan walaupun ibu bapa saya sendiri belum berkesempatan untuk ke tanah suci. Saudara mara juga begitu teruja dan banyak memberikan kata semangat dan dorongan.Terima kasih saya ucapkan.
Seterusnya sahabat-sahabat sekelas saya yang sudi menjaga dua ekor kucing kami selama hampir 2 minggu. Saya tahu,bukan sesuatu yang menyeronokan untuk menjaga dua ekor kucing yang tak reti nak duduk diam,suka buat rumah bersepah,suka curi makanan di dapur dan suka membuang sisa najis ditempat-tempat yang tidak sepatutnya.Jesteru itu,saya amat menghargai kesanggupan mereka untuk menjaga,dan saya kira mereka berdua telah dijaga penuh dengan limpahan kemewahan jauh berbanding ketika tinggal dirumah kami. Sampai dikhabarkan kepada kami,malam sahaja mereka makan tiga kali.Dush!
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat sekelas saya yang telah menyiapkan juadah makanan buat bekalan kami dalam perjalanan ke tanah suci.Teringat saya kepada ibu,setiap kali saya bertolak ke Kuantan untuk kembali ke Kolej IKIP,pasti ibu saya akan menyiapkan makanan yang sedap-sedap untuk dibuat bekal dalam perjalanan. Walaupun ketika itu saya selalu meminta agar ibu saya tidak bersusah-payah untuk menyiapkan makanan,kerana dalam perjalanan banyak kedai makan. Tetapi sekarang saya amat merindui masakan ibu saya walaupun sekecil cekodok pisang yang biasa dibuat minum petang.
Sekalung penghargaan juga buat semua barisan kepimpinan PERMAI terutamanya crew Unit Bendahari yang telah mengambil alih banyak tugas saya dan telah berjaya melalui salah satu fasa yang paling sibuk bagi unit bendahari iaitu sambutan Hari Raya Aidil Adha PERMAI dengan begitu baik. Mereka telah menguruskan keluar masuk duit,penggunaan aset PERMAI,kutipan yuran dan jualan naik taraf ekonomi dengan cemerlang. Terima kasih saya ucapkan.
Sekian buat masa ini,tak lama lagi kita bakal menyambut tahun baru hijrah. Peluang untuk kita memperbaharui azam dan tekad untuk terus bergerak menjadi muslim yang lebih baik dari hari ke hari.
Sebelum mengakhiri,saya ingin meminta maaf kepada pihak-pihak yang saya ada komitmen untuk menulis,terutamanya kepada ketua projek penerbitan buku dan salah satu laman web NGO yang melamar saya untuk menulis dalam ruangan mereka. Maaf buat masa ini saya tidak dapat aktif menulis,namun begitu saya mangharapkan doa teman-teman agar saya diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk menguruskan masa dan menuntut ilmu dengan sebaiknya agar saya dapat menjadi seorang manusia yang bermanfaat buat manusia lain,umat islam terutamanya.
Sekian Allahu A'lam
|azlanshah|5 disember|irbid jordan|



8 comments:
ai lan, banyak berjutaan terime kaseh kt sahabat-sahabat kelas je :P
aku rase mcm nak topup ubat batuk lg la..
Cess...kau jangan main acah-acah kat sini min,sahabat-sahabat sekelas tu lafaz umum.haha
Kalau kau top-up ubat batuk pun,pastu minum air sejuk tiga galen sehari..ape cerita bro? siap rajin belanja aku aiskrim mahal-mahal lagi...
Ceh. Nak ada orang jaga konon. Paling kurang '10 tahun', Lan! Keh.. Keh..
yelah bro,dah kau taknak jaga aku,nak buat macam mana?
Pergh,mana nak cari yang paling kurang '10 tahun'..haha
Nak mintak tolong ana carikan ke, Akhi? Ces.
carikan apa pula ni akhi,dah-dah...akhi jangan nak nakal-nakal disini ;)
sakit lagi lan. nikah lah lan. ada orang boleh masak bubur. keh keh keh.
semoga yang mabrur. amin
Post a Comment