Drama Tahajjud Cinta sudah menemui para penonton TV3 di dalam slot Zehra.
Drama ini dibintangi oleh nama-nama besar industri hiburan Malaysia,dan ia juga adalah hasil karya nama yang tidak asing lagi, iaitulah Kak Erma Fatima.
Beberapa hari ini saya dapat membaca banyak komen-komen dan kritikan dilontarkan terhadap drama yang berkonsepkan 'cinta islamik' ini. Kebanyakkan kritikan ini lahir daripada teman-teman saya yang sangat cakna dan sensitif terhadap perkembangan isu-isu semasa. Kritikan-kritikan mereka inilah yang telah mendorong saya untuk cuba mendapatkan gambaran sebenar drama Tahajjud Cinta ini.
Seperti biasa,apa sahaja filem ataupun drama yang 'meletup',akan ada insan-insan yang sangat berdedikasi, mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk meng-upload-kan bahan-bahan tersebut ke dalam youtube. Hasil pautan di facebook oleh salah seorang teman saya, saya mendapat akses kepada salah satu petikan drama itu di dalam youtube.
Tertekan!!
Itu adalah kesimpulan awal saya setelah menonton petikan pendek daripada drama tersebut.
Ada juga sahabat-sahabat saya yang mewujudkan facebook page untuk menyatakan bantahan terhadap tayangan drama ini. Saya hargai dan memandang positif usaha dan suara mereka. Ada juga yang mempersoalkan tidakkan tersebut,dan tidak kurang ramai juga yang optimis dengan usaha itu lalu mempromosikanya di akaun facebook mereka.
Namun hakikatnya,saya lebih mual membaca komen-komen dan kritikan-kritikan daripada orang-orang yang mengkritik tanpa kelayakan,adab dan hujah. Jauh sekali berkredibiliti!
Saya akan huraikan serba sedikit kritikan saya terhadap golongan-golongan ini yang pada saya lebih mencemarkan realiti imej pelajar-pelajar jurusan agama, timur tengah khususnya.
Cermin Diri Sebelum Mengkritik
Tindakan mengkritik sesuatu yang tidak selari dengan ajaran agama adalah satu tindakan yang sangat baik. Kalau boleh bagi alternatif,lagi lah baik.Namun sebelum mengkritik,ada eloknya jika kita jengok-jengok seketika diri kita terlebih dahulu. Kita begitu agresif menyatakan bantahan terhadap drama Tahajjud Cinta ini dek pelakonya melakonkan babak-babak yang tidak bersesuaian dengan pakaian dan watak yang 'soleh' dan 'solehah'.
Bagaimana pula dengan kita yang memegang watak tersebut di dalam alam realiti ini? Apa gunanya kita mencemuh drama tersebut kononya menyimpang daripada ajaran agama,tetapi dalam masa yang sama,wall akaun facebook kita penuh dengan pautan video-video yang terang-terangan bertentangan dengan syariat Allah Azza Wa Jalla? Pautan trailer filem-filem Hollywood,Bollywood dan Korea yang jelas mendedahkan aurat dan mustahil dihasilkan tanpa babak-babak lucah. Tidak cukup dengan itu,diserikan lagi dengan klip video lagu-lagu inggeris,melayu,korea,dan hindustan yang sangat-sangat jarang penyanyi dan pelakonya litup berpakaian.
Ada juga yang menulis status tidak berpuas hati dengan drama Tahajjud Cinta,namun kemudiannya disusuli dengan komen-komen di antara lelaki dan perempuan yang mirip kepada akhlak yang ditonjolkan di dalam drama tersebut. Gedik sana,gedik sini,si ustaz kononya sangat menghargai si ustazah,si ustazah pula sangat mengagumi si ustaz. Saya tidak nampak dimana logiknya kita mengkritik sesuatu yang kita sendiri melakukannya.
Itu belum saya ceritakan tentang mereka-mereka yang berpakaian sebijik seperti watak Seri di dalam drama Tahujjud Cinta,kemudian sibuk meninggalkan komen kononya-kononya sangat kecewa dan frust menonton video perkahwinan seorang artis.Ingatkan kecewa dengan adat dan pakaian yang tidak selari dengan tuntutan agama,rupanya kecewa sebab artis lelaki tersebut sudah berkahwin.Aduhai...Tidak pula mereka mengkritik video tersebut yang pada saya lebih jelas menonjolkan agama hanya sebagai sebahagian ritual adat perkhawinan semata-mata.
Banyak lagi perkara-perkara common sense yang boleh disentuh,tetapi saya tidak berhajat untuk memanjangkan kritikan di dalam hal ini,anda boleh semak sendiri status-status jiwang karat oleh sebahagaian ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang 'sangat islamik' di facebook!
Berbalas-balas wall-post,bercintan-cintun secara public sudah menjadi perkara ringan dan biasa.Sungguh tidak malu!
Saya tidak kata semua,sebahagaianya...
Refleksi
Pada pandangan saya yang kerdil ini,saya melihat penghasilan drama Tahajjud Cinta tidak sepatutnya dilihat hanya sebagai satu kesilapan. Ia juga sepatutnya dilihat sebagai satu drama yang sedang 'menganjing' perangai kebanyakan kita yang membawa imej agama dengan pembawakan yang tunggang terbalik.
Saya jarang keluar dengan mengenakan 'pakaian agama',namun begitu,saya sangat mengagumi lelaki dan perempuan yang begitu teguh dengan 'pakaian agama' ditempat-tempat dimana ia dilihat sebagai ganjil,hatta di Jordan sendiri. Bukan mudah untuk kita berjalan mengenakan kopiah,jubah,tudung labuh,dan berpurdah dikhalayak yang majoritinya berpakaian sangat jauh sebaliknya. Namun begitu,imej pakaian sahaja belum memadai wahai teman-teman.
Di dalam petikan drama Tahajjud Cinta yang saya tonton,saya sempat menonton satu babak yang sangat biadap di mana si ustaz membuka purdah si ustazah untuk melihat wajahnya sambil memang tangan,kemudian dengan tenang si ustaz itu meminta maaf. Babak tersebut dilakonkan seperti mereka sedang berdua-duaan diatas sebuah bukit.Mungkin si ustaz itu sedang muroqqib (menemani untuk tujuan keselamatan) si ustazah tersebut.
Saya tidak dapat memahami signifikan babak itu. Pun begitu,saya berharap agar babak tersebut boleh dijadikan sebagai teguran yang sangat tajam kepada kita pelajar-pelajar agama. Supaya kita lebih serius dan bersungguh-sungguh di dalam menjaga batas-batas pergaulan.Memang babak seperti itu tidak pernah berlaku dikalangan kita (Alhamdulillah),tetapi apakah jaminan ia tidak akan berlaku pada masa-masa akan datang jika kita tidak serius menjaga apa yang sepatutnya?
Kesimpulan
Saya tetap tidak bersetuju dengan banyak babak-babak di dalam drama Tahujjud Cinta setakat yang saya tonton (saya tidak bercadang untuk menyambung),namun begitu saya percaya,fenomena seperti ini boleh kita atasi bermula dengan kita memperbaiki dan memperbetulkan sikap kita terlebih dahulu. Kita lihat semula di mana sebenarnya akhlak kita pada timbangan neraca al-Qur'an dan as-Sunnah,kemudian,selepas kita mulakan dengan diri kita,kita ajak pula sahabat-sahabat kita kearah kebaikan yang sama.
Dakwah dan tarbiyah ini memang satu proses yang perlahan dan melelahkan. Jika kita ingin mengubah industri hiburan negara,ia tidak akan dapat dimulakan dari atas ke bawah,ia tetap akan mengikut tabiat dakwah yang sama,dari bawah ke atas.
Saya tahu,tulisan saya ini akan mengguris hati ramai pihak kalau mereka membaca,tetapi begitulah putaran dunia,jika kita berani untuk mengkritik orang lain,kita juga sepatutnya bersedia untuk dikritik semula. Jika anda ingin membenci saya dan membuang saya daripada senarai kawan-kawan facebook anda,saya tidak kisah,sebab ini bukan kali pertama.
Ketahuilah,dalam banyak ketika,orang yang mengkritik kita itu lebih sayang kepada kita daripada mereka-mereka yang buat tak tahu, dan sentiasa mengiyakan kehendak kita.
Apa yang saya coretkan ini adalah sebenarnya hasil apa yang saya belajar daripada kesilapan-kesilapan saya sendiri,banyak kritikan saya diatas adalah perkara-perkara yang saya sendiri mungkin pernah terlibat sama.
Manusia ini memang kesemuanya melakukan kesilapan,dan yang terbaik daripada kalangan mereka yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.
Semoga Allah Azza Wa Jalla mengampuni kita,dan memilih kita menjadi sebahagian daripada orang-orang istimewa yang memperbaiki urusan dan imej agama ini agar ia lebih mudah diterima oleh manusia kebanyakan.
Allahu A'lam
Azlan Shah Nabees Khan
19 Julai 2011
Irbid Jordan
*saya yakin,pasti terdapat banyak kesilapan di dalam tulisan ini,saya menulis dalam keadaan tergesa-gesa,kalau ada silap,sila betulkan.terima kasih.



27 comments:
teguran yg baek..ok, ana terase syeikh :)
kalau hendak diteliti, saya berani kata bahawa sebenarnya memang wujud segelintir ustaz dan ustazah di timur tengah yang berkelakuan kurang enak, kurang senang mata memandang. walaupun tidak se'melampau' sebagaimana babak Tahajud Cinta.
mudah-mudahan babak di tv tak menjadi realiti di sini.
terima kasih :)
Teguran yang bagus..semoga menjadi peringatan tuk semua :)
Saya setuju.
Apa yang merisaukan saya adalah, sebenarnya, character ustaz ustazah dalam drama itu, adalah hasil pengamatan pengkarya terhadap ustaz ustazah yang ada.
Menunjukkan, golongan itu wujud sebenarnya. Dan golongan ustaz ustazah yang sepatutnya, tenggelam entah ke mana. Mungkin benar kritikan orang, golongan agamawan selalu duduk di dalam masjid, walhal lebih ramai memerlukan kita di luar. Hmm.
Ke dua, setelah menonton teaser drama ini, saya fikir, apa yang hendak dibawakan dalam drama ini bukanlah seperti yang kita mahukan (akhlaq, dakwah, etc). Apa yang saya nampak, tema drama ini ialah penindasan terhadap golongan wanita. Mungkin kerana penekanan tema, pengarah terlepas pandang aspek-aspek lain.
Apa pun, benar kata ustaz. Kita bising mengkritik, tapi sebenarnya kita tak ada sumbangan apa-apa pun.
Salam :)
ziarah 'tun' yang disegani. alhamdulillah, kian aktif mencurah pandangan dalam blog. sy doakan tuan terus diberi kekuatan utk berjuang dengan pena, moga hidayah sampai ke hati-hati para pembaca. insyAllah.
Ulasan ringkas. Penonton lebih berkehendak watak contoh yang boleh dijadikan ikutan. Usai menonton sahaja timbulnya rasa ''aku ingin menjadi sepertinya''.
Berbanding dengan kisah yang membawa peranan sebaliknya. Cerita yang positif lebih menyenangkan daripada cerita negatif yang diniat untuk menyedarkan masyarakat.
Fieq Eum: Teguran buat diri saya juga ;)
Muhtadi : Setiap komuniti pasti ada yang baik dan ada yang sebaliknya..Semoga kita semua dapat gigih berusaha untuk menjadi contoh ikutan yang baik buat anak-anak muda:)
Qnah : InshaAllah...
SyahidaMajid: Ya,barangkali babak seperti itu memang diputuskan selepas pemerhatian,ataupun mungkin tidak. Namun,saya merasakan babak sepeti itu bukanlah babak arus perdana dikalangan ustaz2 dan ustazah2 yang menuntut di Timur Tengah ataupun di Malaysia,mungkin segelintir cuma. Paling tidak pun,mereka sepatutnya fikir dari sudut sensitiviti majoriti golongan agama.
Bagaimanapun,team produksi drama sepatutnya bijak membaca respon2 penonton. Kritikan-kritikan ini sebenarnya menterjemahkan permintaan terhadap drama-drama dan filem-filem bergenre islamik dihasilkan dengan lebih berkualiti terutamanya di Malaysia.
dari sudut bisnes,kata orang itu 'ada market'..
Mereka seharusnya tidak berputus asa,belajar dari kesilapan,rancang semula dan hasilkan karya-karya islamik yang lebih baik.ia satu proses,dan lebih baik kalau kita boleh turut menyumbang sama walaupun hanya mampu melontarkan kritikan-kritikan yang membina.
Syaikh myilham: saya bukannya ahli blog(baca: da'ie) yang hebat dan rajin macam ustaz,sekali sekala je lah share sikit-sikit. Doakan selalu ;)
Anonymous: Ya betul,demikianlah pengaruh media khususnya tv.Kita masih jauh untuk sampai ke tahap untuk melahirkan bintang-bintang filem yang boleh dijadikan contoh.terletak pada usaha ramai pihak sebenarnya,satu hari nanti inshaAllah..
Very well written. tahniah. Kita perlu bekerja lebih keras untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat, tidak cepat melatah dan melulu dalam tindakan yang akhirnya "backfire" kepada kita semula. Mudah-mudahan ramai yang mendapat manfaat dari penulisan ini.
salam.
nice one.
ana sendiri tak pernah tengok lagi cerita ni walaupun duduk Malaysia.
mungkin satu hari nanti anta boleh hasilkan filem sendiri, insyaAllah (teringat sesi berkongsi cita-cita masa R2J).
wallahua'lam
-syaimaa'-
segan ana sheikh.
ringkas, jelas dan padat!
a mature sharing partnership!
salam singgah,
Saya pandangan yg cukup bernas...
akak memang menonton drama ini.. dan ade membuat ulasan di blog.. memang ade yg kita suka & ade bahgn yg kita tak suka..
dan akak ni bukan lah fasih sgt pasal agama..
tp akak sangat setuju.. jika mbantah drama ni, sila beri hujahan yg bernas , bukan nya mencemuh sesuka-hati.. beri lah kritikan yg membina supaya boleh menjadi panduan utk filem/drama genre Islamik utk masa akan datang
http://kakyong.com/2011/07/review-tahajud-cintaepisod-2/
cerita ini menggambarkan sedikit sebanyak apa yg berlaku dalam realiti kita.
mungkin tak ramai yang ketahui, tapi sebenarnya ada saja kes-kes camnie yang berlaku.
-cidak-
bagus tegurannya ..
Jujur ana katakan.. ana bukan penuntut timur tengah.. jauh sekali penuntut jurusan2 hebat :)..
ana hanya muslimah biasa :) , sudah bersuami.. alhamdulillah perlahan-lahan ana belajar semuanya. Berniqab atas kemahuan sendiri, suami selalu ingatkan "berniqab luar dan dalam" .. "biar cantik luar dan dalam " ...
pergaulan ,itu yg ana betul2 setuju dengan apa yg di katakan..
ana bukan seorang penonton drama/tv yg setia...
ana bukan peminat filem,tetapi ana mengikuti perkembangan habiburrahman el shirazy , bagaimana beliau membaiki kcb atas kesilapan yang terjadi pada aac . Beliau pantau..
Kerana apa,ini bukan saja isu merendah2 kan atau apa... tetapi minded orang yang menonton juga :) .. terutamanya kanak2.. remaja..
dengan kejahilan dan kekurangan pendidikan agamaa yang semakin menjadi jadi di Malaysia,tidak sukar untuk mereka mengangap ia satu anjakan untuk kerosakkan akhlak :)..
jujur ana kata,ana terpaksa menonton kerana nak tahu sendiri , ya mungkin ada kebaikkan ... tetapi impaks negatif lebih terserlah.
Jika mahu kritik.. gunakan bahasa yang baik kan :).. tidak perlu menghina juga.. itu yg perlu di ingatkan pada pengkritik :)
Bila punya ilmu,mentaliti mesti bagus,jangan samakan mentaliti dengan mereka yang kurang bijak :) ...
ya impaks filem ini sudah terasa, bila purdah sudah mula di hina di facebook :) ..
maaf .. jika salah harap di betulkan.. ,
hanya coretan pandangan hamba Allah yang serba kekurangan... :)
entry teguran ni..mmg terbaik :)
One_munawwarah: Mudah-mudahan bermanfaat,peringatan buat saya juga.tQ
Syaimaa':R2J dalam kenangan. Menghasilkan filem@drama yang benar-benar islami adalah satu usaha yang sangat-sangatlah mencabar,Moga Allah mudahkan mana yang baik.
Najib: Segan ana dengan enta,Irbid istimewa sebab ada enta ;)
Habibah: May Allah Bless
kakyong: Inshallah,semoga akan lahir karya-karya lebih baik selepas ini. hasil kritikan membina dan teguran suci daripada para pencinta karya yang baik.
cidak: dalam selonggok buah rambutan,mesti ada 3-4 biji rambutan yang busuk,standard lah tu..zaman nabi masih hidup pun,ada juga insan-insan yang melakukan dosa,jalan keluarnya tetap sama,taubat,taubat dan taubat...:)
ukhtisyikn: Terima kasih diatas peringatan,memang tidak ada jalan pintas untuk mengubah diri dan masyarakat.
CMA: May Allah Bless
wow..panas2!!..haha..tapi azlan, saya ada setuju juga dgr pandnagan anda..syabas!
assalamualaikum....sebenarnya mmg benar apa yg berlaku dlm drama tu mungkin berlaku dalam duania realiti..namun saya yakin yg mengkritik bukan sbb xsedar diri juga ada buat silap dan bukan sebab xsedar bhw realitinya mmg ada ustazah dan ustaz yg perangai mcm tu...yg menjadi persoalannya adalah kenapa drama itu meletakkan babak2 demikian sbg sesuatu yg Its ok......mungkin tidak akan jadi masalah sekiranya babak itu digambarkan sbg suatu kesalahan dan dosa namun kita sedia maklum babak tersebut adalah babak Its ok dalam drama itu.....itu yg menyebabkan kita2 semua terpanggil utk mengkritik.
menyetujui dengan teguran anda.mohon share.
Saya nak belajar B Arab dr cerita tu sbb tu sy tengok. :)
Salam.
:)
Sebenarnya sampai sekarang saya tertanya2, memang dalam setiap cinta hawa, perlu ada adamnya?Dan sebaliknya.
Ya, memang itu fitrah, tapi dengan kisah2 begini, ia seolah2 menghalalkan insan2 yang lebih lemah dari 'ustaz2' dan 'ustazah2' dalam drama tu berbuat lebih dari itu.
Pernah anda fikirkan bagaimana dakwah dan tarbiah berjalan dalam drama tersebut? Cuba fikirkan. :)
well written, alan ;) may Allah bless you.
jumpe kat mesia nanti iA hehehe
Post a Comment