Pages

Tuesday, December 20, 2011

Aloloh Sweetnya! 2.0


MashaAllah,tulisan 'sempoi' saya semalam dengan izin Allah SWT telah sampai entah ke mana-mana dan mendapat respon yang pelbagai. Ini sangat jarang berlaku kepada saya,semoga ianya adalah baik untuk dunia dan akhirat saya dan bukan sebaliknya.

Sehinggakan pemilik video yang dimaksudkan pada awal artikel tersebut telah menghubungi saya dan memberikan penjelasan, serta menegaskan pendirianya dengan sangat humble dan sopan. Saya juga telah memberikan cadangan dan pandangan saya dengan lebih terperinci agar tidak ada sebarang salah faham yang berlaku. Saya hormati pendirian dan pandangan beliau.

Namun begitu,ada satu perkataan di dalam artikel tersebut, yang saya hanya gunakanya sekali,tetapi telah bertindak menyengat sesetengah pihak hingga menukar haluan artikel tersebut,tersasar kepada perbincangan isu yang lain daripada tujuan asal artikel tersebut ditulis.

Perkataan keramat tersebut adalah  perkataan 'tunang'.

Ramai pihak yang mula memberikan respon diatas tajuk ''tunang boleh di iklankan ataupun tidak?''

Sahabat karib saya,teman sepermainan sejak zaman tadika lagi,atau lebih tepat sejak zaman darjah satu, telah memberikan respon bertubi-tubi kepada artikel tersebut diatas premis pertunangan harus di iklankan.

Pada mulanya,saya anggap ianya sebagai respon umum,dan saya hormati respon tersebut. Tetapi setelah beberapa ketika,nama saya sudah mula dipautkan pada kenyataan tersebut dan dengan jelas dikatakan,ia ditujukan sebagai respon kepada artikel saya.

Saya tidak gemar untuk berbahas apa-apa isu secara terbuka,bimbang lebih banyak mudarat daripada manfaat,namun oleh kerena kenyataan tersebut disiarkan secara terbuka,maka saya rasa,elok juga jikalau penjelasan saya juga diberikan secara terbuka,tetapi dengan menggigit lidah daripada menuturkan perkataan-perkataan yang tidak baik atau melampaui batas,dan mengekalkan akhlak dan ukhuwwah islamiyyah sebagai tulang belakang perbincangan.

Saya sangat mengagumi kesungguhan beliau,semangat dan disiplin dakwah yang ada pada beliau sangat menakjubkan. Begitu banyak hasil karyanya telah menyentuh hati-hati manusia dan mengajak mereka balik kepada Tuhan menjadi hamba. Semoga Allah ganjari setiap usaha dan produk dakwah beliau. 

Hilal Asyraf (blog yang sangat banyak manfaat,InshaAllah), sahabat saya hingga ke Jordan,dan juga jiran saya di Johor Bahru. Sangat peramah orangnya,kami pernah bermusafir 'berdua-duaan' jauh ratusan kilometer dan saling ziarah menziarahi sewaktu belajar di luar negara. Tetapi itu tidak menghalang kami untuk saling berbeza pandangan dalam hal-hal yang dibenarkan wujudnya perbezaan.

Respon yang di suarakan oleh beliau,pada saya ada berlaku sedikit salah faham,tidak walau sekali di dalam artikel saya,saya menyatakan pertunangan hendaklah 'dirahsiahkan',bahkan saya tekankan kenyataan saya "semua kisah-kisah sunnah tadi,adalah kisah bagaimana Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam sweet dan romantik terhadap isteri-isteri baginda. Isteri yang sah selepas akad nikah, bukan kepada girlfriend,makwe,tunang atau mana-mana kawan perempuan!"

Bermaksud,sebarang kelakuan atau tindakan yang hanya di halalkan untuk pasangan yang telah bernikah,tidak boleh dilakukan oleh pasangan yang belum bernikah. very simple!

Penjelasan untuk perkara itulah yang telah saya coretkan pada tulisan yang lalu.


Adapun isu harus atau tidak mengiklankan pertunangan,beliau sendiri telah memautkan beberapa link website di facebook beliau yang menyatakan fatwa sebahagian ulama' yang muktabar tentang hal itu.

Mereka mengatakan ianya adalah harus. Ya benar,saya setuju. Tetapi mereka tidak mengatakan berkelakuan seperti pasangan yang sudah bernikah dalam tempoh pertunangan adalah dibenarkan. Itulah sebenarnya point paling penting yang saya nak sampaikan. Bertitik tolak dari situlah,pelbagai risiko dan liabiliti yang bakal ditanggung jika sebarang perkara yang tidak diingini berlaku,saya terangkan.

Ia bukanlah  bermaksud saya berfikiran negatif,mengharapkan masalah dan perpisahan bagi pihak orang lain. Astaugfirullah!

Telah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wassallam ajarkan :

"Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai bagi saudaranya apa yang dicintai bagi dirinya" [Bukhari dan Muslim]

Mencintai bagi saudara kita apa yang dicintai bagi diri kita adalah 'markah lulus' untuk melayakan iman kita berada di zon sempurna. Maka jangan sesekali kita mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku kepada saudara seislam kita.

Oleh kerana saya berfikiran positif lah saya meluahkan nasihat agar sebarang hubungan yang dijalinkan,tidak dipertaruhkan kepada sebarang bahaya dan risiko.

Ingin saya kongsikan respon Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,pemilik blog Saifulislam.com terhadap isu ini di facebook beliau. Ia dikirimkan oleh sahabat saya yang dipercayai  ke inbox facebook saya kerana saya belum diterima sebagai friend Ustaz di laman facebook beliau ;) 

Saya langsung tidak berhajat untuk mempertahankan artikel saya dengan kenyataan beliau atau cuba menjuarai 'tinju' pendapat dengan sesiapa. Saya kongsikan ia sebagai satu pandangan dan ilmu untuk kita fikir-fikirkan. Jangan dikaitakan apa-apa kenyataan Ustaz ini dengan tulisan saya yang serba kekurangan. Baca ia sebagai satu kenyataan asing yang berdiri dengan kekuatannya yang tersendiri.

Beliau menulis status :

"Tersebarnya video proposal pertunangan itu, harus sama-sama kita tarik balik dan hentikan penyebarannya. Ia bertentangan dengan saranan Islam agar pertunangan kekal low profile, sama ada disembunyikan atau sekurang-kurangnya tidak dihebahkan. Pertunangan juga adalah 'kebaikan' yang amat terdedah kepada hasad kedengkian manusia. Semoga Allah melindungi pasangan romantis itu daripada kejahatan diri dan makhluq sekitar."

Kemudian beliau menjawab komen seorang pengunjung dengan menulis :

"sebab itu saya tulis "atau sekurang-kurangnya tidak dihebahkan". Saya juga guna istilah "kekal low profile" sebab saya menjangkakan komen saya ini akan dipesongkan kepada membahaskan hukum berkaitan menyembunyikan pertunangan yang 'femes' itu. Kalau menyembunyikan pertunangan tidak tsabit dengan nas sekali pun, menghebah dan menyebar luaskannya pun bukan ajaran Sunnah. Pertunangan juga adalah antara kebaikan yan boleh masuk dalam makaud hadith bahawa kebaikan mempunyai banyak hasad yang mahu memudaratkannya. Kenapa mahu mendedahkan pertunangan kepada risiko hasad itu? Sometimes ia bukan perlu sampai diputuskan oleh hukum syara', guna common sense pun dah cukup untuk fikir wajar atau tidak.
And as you can see, some people would say benda tu mengada-ngada, english dia hampeh, muka lelaki tu poyo, kamera dia bukan yang terbaik, mak bapak dia redha ke? Korang nak ke kalau 'suprise korang kat tunang, tunang gi edit dan sebar kat youtube, dan macam-macam komen lagi. Semua komen tu mempunyai semacam aura sama ada pada menimbulkan surrounding yang positif atau amat negatif. Why anyone would want to put his or her 'future marriage' at that risk?"

Nah,sekarang tidak perlu lagi lanjutkan perbincangan tentang mana-mana video,cuba kita fikir untuk diri kita,mengapa hubungan baik seperti pertunangan ini sangat terdedah kepada risiko dan bahaya.

Ishk,saya dah kata dah kan,fikir untuk diri kita dulu,jangan duk sibuk sangat nak fikir pasal orang lain! fikir-fikir..

Baik,tamat disitu tentang kenyataan al-Fadhil Ustaz.

Berkenaan dengan mengiklankan pertunangan,sudah tentu ia tidak diharamkan atau dilarang secara putus. Sebab itu,kalau ada orang yang bertanya,kita bolehlah nak beri tahu,yang kita ini sudah bertunang. Tidaklah pula kita perlu senyap membisu setiap kali orang bertanya,hanya kerana kita percaya ianya perlu dirahsiakan.

Jika kita seorang figure yang terkenal,terlalu ramai peminat yang cuba 'melangkau garis sempadan' atau menyuarakan hasrat hati mereka secara terus,katakan sahaja "Maaf,saya sudah bertunang!" cukup. Tidak perlu lebih dari itu saya rasa,namun jika kita meluahkan perasaan,bermanja-manja secara terbuka dengan tunang kita,itu yang saya katakan sebagai sangat berisiko dan berbahaya.

Jika dirisaukan,"kalau saya tidak mengiklankan pertunangan saya,takut ada lamaran lain yang masuk,atau saya akan diganggu oleh potential candidate yang lain"

Tidak ada masalah. Katakan sahaja seperti tadi,kalau hendak dinyatakan status anda di laman facebook atau mana-mana laman sosial yang lain sebagai ''en-caged'', eh silap,''engaged''.

Saya rasa tidak ada masalah, dan ianya memadai setakat itu.

Yang lain lepas itu,jangan lah kacau tunang orang. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam kan sudah berpesan : 


الْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ، فَلاَ يَحِلُّ لِلْمُؤْمِنِ أَنْ يَبْتَاعَ عَلى بَيْعِ أَخِيْهِ وَلاَ يَخْطُبَ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيْهِ حَتَّى يَذَرَ

“Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka tidaklah halal baginya menawar barang yang telah dibeli oleh saudaranya dan tidak halal pula baginya meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya hingga saudaranya meninggalkan pinangannya (membatalkan).” [Muslim]


Setakat ini penjelasan saya kepada sahabat saya yang sangat dihormati.peace ya syaikh! ;)


Realistik

Berbincang soal tunang,nikah,sweet apa semua ini memang mengasyikkan,selalu membawa si penulis dan si pembaca terbang jauh ke alam fantasi penuh khayalan. Semuanya dibayangkan indah-indah belaka. Itu yang diajarkan oleh filem-filem kepada kita,konon-kononya cinta adalah segala-galanya,si lelaki sanggup berkorban apa sahaja,merentas lautan api pun sanggup katanya,tetapi hakikatnya di dalam alam realiti bukan itu yang sebenarnya berlaku. Ramai lelaki yang sanggup merenangi lautan api,renang-renang sampai hujung jadi arang! Lepas kahwin baru kantoi perangai kaki temberang. Ye lah,filem biasanya ending dengan perkahwinan,apa yang berlaku selepas perkahwinan,tidak diceritakan.

Alam rumah tangga bukan semudah yang kita rancang (macam dah kahwin pulak saya),ia penuh dengan ujian dan cabaran. Cuba sahaja fikir sejenak,awal-awal perkahwinan mungkin tanggungjawab masih kurang,jadi masing-masing ada masa untuk dicurahkan. Tetapi semakin lama,tanggungjawab semakin bertambah,sebagai contoh mudah,kalau dah dapat anak,malam-malam si bayi menangis tak habis-habis,terganggu tidur si ibu dan ayah. Ayahnya mungkin esok ada mesyuarat penting dipejabat,ibunya pula ada peperiksaan di universiti,tetapi disebabkan anak kesayangan,mereka berkorban,kedua-dua mereka keesokannya memulakan hari dengan mata yang merah disebabkan tak cukup rehat. Dan ianya berlaku setiap hati. Kalau selepas melalui ujian seberat ini pun,mereka masih tabah saling cinta mencintai. Itu baru real! Ini baru satu contoh.

Itu yang yang sebenarnya ibu dan ayah kita lalui,entah berapa kali mereka bersengkang mata,merajuk,bertengkar, bukan kerana merebut hak atau harta,semua itu ditempuh semata-mata ingin memilih keputusan yang terbaik untuk kita. Sebab pengorbanan mereka,kita dapat menikmati keselesaan hidup seperti hari ini,mendapat perhatian,kasih dan jagaan yang cukup. Jadi nak belajar tentang cinta,belajar dari mereka.

Hari ini,ramai anak-anak muda berkelakuan biadap dengan ibu bapa mereka,tetapi bila cerita soal perasaan,cinta dan sebagainya,mak ai,bukan main jiwang resap ke jiwa.

Ini yang saya nak ingatkan kepada diri saya dan teman-teman semua,jangan melampau dalam apa sahaja yang kita lakukan,kita tidak tahu apa ujian yang menanti kita dihadapan,barangkali apa yang kita tulis,apa yang kita lukis akan dijadikan ujian terhadap diri kita sendiri. Moga-moga Allah pelihara kita.

Saya hadiahkan sebuah video yang sangat menarik untuk tatapan semua. Di sampaikan oleh Syaikh Nouman Ali Khan dari Amerika Syarikat. Banyak yang kita boleh pelajari dari sudut realiti.



Setakat ini penjelasan saya,saya tidak mahu panjang-panjangkan lagi. Saya hormati pandangan yang berbeza dengan saya.


Kepada adik-adikku, cintailah Allah, nescaya cinta pasangan yang soleh turut kau miliki - Fatimah Syarha (Novelis Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul)
Sama-sama kita usahakan yang mana paling utama,first thing first! 


Perkemaskan 'amal dengan ilmu yang benar.


"If Allah wants for a people ill, he gives them debates and takes away from them actions." - Umar Ibn al-Khattaab


With this,I rest my case!


Thank you.

11 comments:

Anonymous said...

masyaAllah..begitu sekali jdinya..may Allah bless u always..ameen...

Anonymous said...

syukran jazillan atas perkongsian,, may ALLAH bless :)keep mujahadah!!

Ibnu Roslan said...

Sangat menyokong hujah Ustaz Azlan :)

abdullahsarah said...

Salam akhi, jazakallahu khairan katheera atas penulisan yang cukup solid dan matang. Ana dan zaujah ana sgt setuju, kudos and 4 thumbs up!

semoga Allah berkati dan terus tetapkan hati anta atas jalan dakwah ini.

MyIlham.com said...

Salam lan,

jujurnya, ana suka bila enta menulis. jadi, sila jangan serik untuk menulis. sekian :)

Saefullah said...

abg alan!
luvvv ur writings. maintain professional!

ibn daud al maliziy said...

azlan..dah haibat sekarang ni..

dah lame dah tau..hehe

kem salam syaropi.

-ibn daud-

Wan Zuraida said...

merujuk isu ini, sy sukakan tulisan dan buah pendapat saudara. sy tdk merujuk kpd siapa2 jg, tp sbg perempuan sy terasa sedikit malu. tp apa2 pun, kita doakan yg terbaik kpd semua umat Islam di dunia dan juga di akhirat kelak.

ansyirah said...

Allahuakbar. penulis blog, tahniah atas pencerahan.
agak sukar sebenarnya 'bersuara' di alam maya ni.
people tend to look kita sedang menyalahkan pihak sekian2, walhal tujuan kita tak lebih dari memberi kefahaman kepada masyarakat. barakallah.

azlanshah said...

Salam semua! Maaf lambat lambat respon,baru balik kerja (-_- !)

Syukran, terima kasih banyak-banyak diatas semua komen dan doa rakan-rakan.

Semoga bermanfaat inshaAllah,doakan saya istiqomah,kerja saya ni pun dah mula 'keluar gelap,balik pun gelap'. Moga masa yang semakin menghimpit ini ada barokahnya untuk kita semua dapat saling berpesan-pesan dengan kebaikan.

Anonymous said...

mabrook akhi...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails