Tiga empat hari ini,saya sempat bersembang, mendengar perkongsian daripada orang-orang lama di bank. Perkongsian hal yang jarang-jarang dibincang oleh anak muda dengan orang tua.
Perbincangan ditumpukan soal harga dan belanja,untuk melaksanakan suatu majlis yang bernama majlis perkahwinan.
Yang pertama saya dengar daripada seorang senior yang baru sahaja mendirikan rumah tangga,katanya aras belanja yang paling basic untuk satu majlis yang sederhana ialah RM 30,000.00. Itu adalah untuk kenduri yang dibuat dirumah dengan badjet makanan sekitar RM 10 ringgit sekepala.
Keesokanya pula,sewaktu sedang menjamu selera disebuah majlis perkahwinan,seorang lagi senior berkongsi cerita. Katanya,aras belanja paling basic untuk sebuah majlis yang di laksanakan di sebuah dewan ialah RM 50,000.00. Semua belanja diterangkan terperinci satu per satu dengan penuh perasaan. Beliau akan melaksanakan majlisnya bulan hadapan,sebab itu mungkin,beliau begitu lancar meluah rasa kecewanya kepada dunia.
Kami anak muda bercita-cita besar,yang ingin segera melengkapkan separuh agama, mula menelan air liur perlahan-lahan sambil menjeling-jeling mata. Senyap,diam membisu.
Kejamnya dunia,adat dari manakah ini yang diagung-agungkan oleh manusia?
Tidak hairanlah,begitu ramai ditempat kerja yang sudah sangat lewat usia,tetapi masih belum berkahwin. Tidak kurang ramai juga yang sudah berputus asa.
Sudah menjadi trend hari ini,bujang lapok,anak dara tua,itu perkara biasa. Ada juga yang sudah terlalu tertekan hingga lebih rela mengambil anak angkat dan memadamkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Mereka berkongsi rasa,betapa peritnya usaha untuk mengumpulkan jumlah wang sebegitu besar,kumpul bertahun-tahun,kerja bagai nak gila, lalu dihabiskan kesemuanya dalam tempoh sehari sahaja.
apakah tujuanya?
ingin mendengar pujian manusia yang kedengaran sehari dua cuma?
ingin bersaing siapa yang paling besar belanjanya?
untuk apa?
Ramai yang terpaksa berhutang,itu baru cerita nak sediakan kahwin punya belanja. Katanya,zaman ini itu pun belum cukup juga,perlu pula ada rumah dan kereta.
Kenapa tak percaya,mereka boleh belajar hidup grow-up together. Bermula dengan semua yang kecil-kecil,hidup susah sama-sama membina hidup ke arah yang lebih bahagia. Kalau bahagia diukur dengan harta,Tuhan sudah janji,Dia akan tambah dari masa ke semasa. Kalau ia diukur dengan agama,Tuhan juga sudah janji,agama mereka akan lebih sempurna.
kenapa tak percaya?
Orang muda yang baru merangkak mula kerja,nak cari mana wang sebanyak itu untuk penuhkan kehendak mertua?
Ya,setelah berhempas pulas,mereka mungkin berjaya. Tetapi bukan sebagai anak muda,sebagai orang tua yang masih belum berpunya. Hari kesepuluh perkahwinan,semua penyata hutang bank dan bil mendarat selamat diatas meja. Mereka sama-sama memulakan hidup berumah tangga dengan bebanan hutang yang menghimpit jiwa.
Semua orang tahu,tekanan hutang sering kali menghilangkan rasa cinta,meragut bahagia.
Kasihan mereka.
salah siapa?
kita semua berkongsi kesalahan yang besar bersama.
baliklah kepada agama,
kasihan anak muda.



2 comments:
itulah.
kahwin ketika belajar (jordan) nampak lebih menguntungkan.
takperlu belanja majlis, perkara2 sampingan..
:)
itulah sandiwara dunia,,,dari wainna
Post a Comment