Assalamualaikum wbt,
semoga semua sahabat-sahabat saya berada dalam keadaan sihat sejahtera iman dan tubuh badan.
sudah terlalu lama saya tidak menulis di dalam laman blog ini,sibuk sangat kononya. macam lah saya seorang sahaja yang bekerja di atas muka bumi ini.
semangat sudah berkobar-kobar untuk menulis dengan penuh displin mulai hari ini,namun tubuh badan yang sangat keletihan dek baru pulang dari pulau pinang ini merayu merintih meminta untuk direhatkan.
esok dan lusa pula perlu keluar awal-awal pagi mendapatkan tren untuk menghadiri kursus ala-ala kursus perkahwinan di universiti gergasi negara,UIAM.
penyampai datang jauh beribu-ribu batu. Dr Reda Bedeir dari Canada. Semoga Allah Azza Wa Jalla mengganjari setiap langkah para penuntut ilmu yang ikhlas dan jujur kepada-Nya.
pesanan untuk diri hari ini,
setiap kali kita rasa seperti tak cukup masa untuk melangsaikan pelbagai urusan,berdoa dan mintalah kepada Allah Azza Wa Jalla agar masa kita diberkati dan urusan kita disusun kesemuanya oleh Allah Jalla Wa 'Ala. Sehebat mana pun kita menyusun jadual membahagikan masa,jika ia tidak direstui dan dirahmati oleh Allah,maka kita akan mendapati kebanyakan masa tetap berlalu sia-sia,bercelaru dan urusan pula banyak yang tertanguh-tangguh.
masa adalah salah satu 'modal' yang Allah Azza Wa Jalla hadiahkan kepada semua manusia dengan jumlah yang sama. semua orang hanya ada 24Jam sehari,tidak lebih,tidak kurang. Namun tetap juga produktiviti setiap insan berbeza-beza.
يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين
"Wahai tuhan yang Tetap Hidup, Yang kekal memerintah selama-lamanya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah bagiku segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun sekadar sekelip mata" [al-Hakim]
semoga Allah merahmati kita semua.



0 comments:
Post a Comment